Lidah ini
bak batu
jua laksana besi
apa terpancar dari lidah
bagaikan api
Usah pukul batu
dengan besi
serampangan
untuk penceritaan
untuk lagak bangga
Kerana suasana gelap
tiap sudut penuh kapas
bagaimana bunga api
di tengah kapas?
Sezalim mereka
orang menutup mata
dengan ucap suara
membakar dunia
(Jalaluddin Rumi, Petikan dari Hikayat Saudagar dengan Kakak Tua dalam Pir Changi (Pemain Harp Tua)
0 Komentar